Tuesday, July 01, 2008

Batu Seremban .

Tentang Batu Seremban :

Batu seremban juga dipanggil "Selambut" atau "Batu Serembat" . Batu seremban merupakan permainan tradisional yang lebih digemari oleh kalangan perempuan . Permainan ini sering dimain ketika masa lapang mereka atau untuk rekreasi . Selalunya, dua atau lebih orang akan bermain permainan Batu Seremban ini.

Cara-cara Batu Seremban Dimainkan :

1` Lemparkan semua batu-batu itu ke bawah . Pilih satu batu, lontarkannya ke atas lalu mengutip lagi satu batu sebelum batu yang dilontarkan tadi jatuh ke bawah . Langkah ini dilakukan untuk setiap batu .

2` Sama seperti langkah pertama tetapi kali ini, kutip dua batu .

3` Sama seperti langkah pertama tetapi, kutip tiga batu, lalu kutip satu batu .

4` Lontarkan satu batu ke atas, lalu mengutip keempat-empat batu yang ada di bawah.

5` Lontarkan kelima-lima batu itu ke bawah . Kutip dua batu dan lontarkan satu ke atas lalu menukarkan lagi satu dengan batu yang ada di bawah . Langkah ini dilakukan untuk setiap batu .

Bahan-bahan Digunakan :

Bahan yang digunakan amat ringkas . Permainan ini dahulunya menggunakan guli kaca , biji getah , ketulan batu kerikil , atau ketulan - ketulan objek kecil yang biasanya berbentuk bulat . Kini , permainan ini menggunakan kain yang berbentuk tiga segi yang diisikan dengan beras atau biji-biji kecil supaya senang untuk bermain.

Monday, June 30, 2008

Pertandingan Blogging Bulan Bahasa 2008.

Perasaan dan reaksi.

Apabila saya diberitahu tentang pertandingan ini, saya berasa ghairah dan terkejut kerana saya tidak tahu bahawa kami semua akan bertanding dalam peraduan ini. Saya juga berasa ghairah kerana saya tidak pernah menyertai pertandingan seperti ini. Pertandingan ini juga telah memberi saya peluang untuk memelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam supaya lebih senang untuk saya bertanding dalam pertandingan ini. Selain daripada itu, pertandingan ini juga telah memberi saya peluang untuk mempelajari teknik-teknik yang lain untuk mempelajari bahasa Melayu dengan lebih efektif. Dengan bertanding dalam pertandingan ini, saya harap bahawa saya dapat mempelajari bahasa Melayu dengan lebih mendalam.