Saudari berumur 32 tahun memberikan pandanganya tentang Batu Seremban :
"Dahulu , semasa saya di sekolah rendah , setiap hari saya dan rakan saya akan bermain batu seremban jika kita ada waktu lapang . Oleh sebab saya tidak tahu membuat batu seremban yang diperbuat oleh kain dan beras , saya hanya menggunakan batu yang boleh diambil di tepi jalan .
Nenek saya yang mengajar saya bagaimana untuk bermain batu seremban ini . Katanya , semasa dia menduduk di kampung , semua kaum perempuan hanya gemari bermain batu seremban . Dahulu , nenek saya akan menjahit kain yang berbentuk tiga segi dan diiskan beras untuk dijadikan batu seremban . Selepas itu , dia akan menjualnya kepada rakan-rakannya supaya mereka juga boleh bermain bersama .
Semasa sekolah dahulu , kemana sahaja saya pergi , saya akan membawa batu seremban itu untuk mengisi masa lapang saya . Yang lucunya , apabila saya menyuruh rakan lelaki saya untuk bermain , mereka mengata bahawa permainan ini amat membosankan dan mereka lebih gemar bermain permainan lain seperti Sepak Raga .
Kini , apabila saya cuba mengajar anak perempuan saya untuk bermain batu seremban , sukar untuknya main permainan ini . Katanya , dia tidak gemar permainan seperti ini dan lebih suka permainan yang lebih canggih . Saya khuatir jika semua anak remaja zaman sekarang bersikap seperti anak saya , permainan tradisional akan pupus pada generasi yang akan datang ."