Sunday, July 27, 2008
Melestarikan Permainan Sepak Raga .
Sepak Raga juga membolehkan pemain-pemain untuk bekerjasama antara satu sama lain . Oleh sebab permainan ini boleh dianggap sebagai senaman lasak , pemain boleh mengekekalkan kesihatannya .
Permainan Sepak Raga ini mudah untuk dimainkan jika pemain giat berlatih . Justeru , permainan tradisional Sepak Raga ini harus dilestarikan sehinggalah ke generasi-generasi yang akan datang .
Friday, July 25, 2008
Melestarikan Permainan Batu Seremban .
Jika orang Melayu tidak fasih dalam bahasa Melayu , sekurang-kurangnya terdapat juga permainan tradisional yang membolehkan seorang Melayu untuk mengekalkan identiti mereka . Permainan tradisional seperti ini lebih mudah untuk melestarikan daripada Bahasa Melayu .
Selain daripada itu , permainan Batu Seremban ini ada banyak kebaikannya . Ia membolehkan tangan dan mata untuk bekerjasama dengan lebih tepat dan cepat . Ia juga membolehkan pemain-pemain untuk bersembang antara satu sama lain .
Tuesday, July 22, 2008
Pandangan tentang Sepak Raga .
"Saya amat gemar bermain Sepak Raga sehinggalah sekarang . Setiap minggu saya akan mengajak anak lelaki saya serta rakan-rakan saya untuk bermain Sepak Raga bersama .
Walaupun permainan ini permainan tradisional , saya rasa permainan ini harus dikekalkan sehingga generasi-generasi yang akan datang . Permainan ini tidak seharusnya pupus kerana ia amat seronok dan mudah untuk dimainkan .
Walau bagaimanapun , jarang saya lihat pemuda-pemuda zaman sekarang bermain Sepak Raga . Mereka lebih gemari permainan bola sepak kerana mereka fikir bola sepak adalah "in-trend".
Pada mulanya , ketika ayah saya mengajar saya untuk bermain Sepak Raga , saya menghadapi kesukaran untuk menimbang dan menendang bola itu tanpa menggunakan tangan . Tetapi , saya latih dengan giat untuk bermain Sepak Raga dengan lebih mudah .
Jika Sepak Raga dimainkan selalu , mudah-mudahan pemainnya akan rasa Sepak Raga senang untuk dimainkan . Saya amat gembira sekali kerana terdapat juga sukan Sepak Raga atau juga dikenali sebagai Sepak Takraw di Singapura . Ini menunjukkan bahawa permainan tradisional masih diingati sehinggalah sekarang . Saya harap , anak lelaki saya akan mengajar anak-anaknya untuk bermain Sepak Raga supaya permainan ini tidak akan pupus ."
Sunday, July 20, 2008
Pandangan tentang Batu Seremban .
"Dahulu , semasa saya di sekolah rendah , setiap hari saya dan rakan saya akan bermain batu seremban jika kita ada waktu lapang . Oleh sebab saya tidak tahu membuat batu seremban yang diperbuat oleh kain dan beras , saya hanya menggunakan batu yang boleh diambil di tepi jalan .
Nenek saya yang mengajar saya bagaimana untuk bermain batu seremban ini . Katanya , semasa dia menduduk di kampung , semua kaum perempuan hanya gemari bermain batu seremban . Dahulu , nenek saya akan menjahit kain yang berbentuk tiga segi dan diiskan beras untuk dijadikan batu seremban . Selepas itu , dia akan menjualnya kepada rakan-rakannya supaya mereka juga boleh bermain bersama .
Semasa sekolah dahulu , kemana sahaja saya pergi , saya akan membawa batu seremban itu untuk mengisi masa lapang saya . Yang lucunya , apabila saya menyuruh rakan lelaki saya untuk bermain , mereka mengata bahawa permainan ini amat membosankan dan mereka lebih gemar bermain permainan lain seperti Sepak Raga .
Kini , apabila saya cuba mengajar anak perempuan saya untuk bermain batu seremban , sukar untuknya main permainan ini . Katanya , dia tidak gemar permainan seperti ini dan lebih suka permainan yang lebih canggih . Saya khuatir jika semua anak remaja zaman sekarang bersikap seperti anak saya , permainan tradisional akan pupus pada generasi yang akan datang ."
Thursday, July 17, 2008
Temuramah tentang Sepak Raga .
Saya : Pernakah saudara bermain Sepak Raga ? Jika pernah , bilakah kamu bermainnya ?
Saudara : Ya . Saya pernah bermain Sepak Raga tetapi itu sudah lama . Kira-kira semasa saya dalam sekolah rendah . Selepas itu , saya tidak lagi bermain Sepak Raga .
Saya : Mengapakah saudara tidak lagi bermain Sepak Raga selepas sekolah rendah ?
Saudara : Saya rasa permainan Sepak Raga ini agak sukar untuk dimain kerana sukar untuk menimbang bola itu . Saya lebih gemari bola sepak .
Saya : Jika diberi lagi satu peluang , akankah saudara cuba untuk memain Sepak Raga sekali lagi ?
Saudara : Mungkin tidak . Permainan ini tidak digemari banyak orang pada zaman sekarang kerana kebanyakan mereka lebih gemari bola sepak . Lagipun , permainan ini sukar untuk dimain dan memerlukan banyak masa untuk membolehkan pemain untuk bermain dengan senang .
Sunday, July 13, 2008
Lebih tentang Sepak Raga .
Inilah contoh sepak raga yang seringnya gemar dimain oleh kaum lelaki . Bolanya agak ringan supaya pemain-pemain boleh bermain dengan lebih senang .
Pada zaman dahulu , hanya kerabat diraja yang bermain permainan ini . Kemudian , orang-orang biasa mula bermain permainan ini juga.
Cara bermain :
Cara bermain permainan Sepak Raga atau juga dikenali sebagai Sepak Takraw pada zaman ini amat mudah . Beberapa orang - selalunya dalam sepuluh orang , akan berdiri dalam bentuk bulat dan akan menimbang bola itu satu atau beberapa kali sebelum menendangya ke pemain yang lain. Sebelum permainan ini dimulakan, satu pemain akan melontarkan bola itu ke satu pemain dan permainan itu akan dimulakan .
Permainan ini akan diteruskan sehinggalah bola itu jatuh ke bumi . Permainan pada pusingan itu akan ditamatkan dan akan mulakan pusingan yang baru .
Cara yang kedua ialah permainan ini akan mengadakan dua kumpulan yang mempunyai tiga orang setiap kumpulan . Kedua-dua kumpulan ini akan melawan antara satu sama lain . Hanya kegunaan kaki sahaja dibolehkan dalam permainan ini . Akhir permainan ini , kumpulan yang berjaya mengumpulkan markah yang tertinggi akan menang .
Thursday, July 10, 2008
Sepak raga .
Permainan tradisional ini wujud selama 6OO tahun dahulu . Permainan ini digemari kebanyakan orang , termasuklah sultan-sultan . Bola sepak raga diperbuat oleh rotan-rotan yang dianyam supaya berbentuk bulat besar .
Bahan-bahan yang digunakan :
Sama seperti permainan batu seremban yang diterangkan, bahan-bahan yang digunakan untuk permainan ini amat ringkas . Permainan ini hanya memerlukan Bola sepak raga yang kebiasaannya diperbuat oleh rotan-rotan yang dianyam supaya berbentuk bulat .
Monday, July 07, 2008
Sunday, July 06, 2008
Temuramah tentang Batu Seremban .
Saya : Pernahkah kamu bermain batu seremban ?
Saudari : Ya. Saya pernah bermain batu seremban banyak kali . Saya juga pernah bertanding dalam pertandingan batu seremban dan memenanginya sebanyak empat kali .
Saya : Apa yang kamu tahu tentang batu seremban ?
Saudari : Ketika dahulu , kita hanya menggunakan batu kerikir sebagai bahan-bahan untuk permainan itu. Saya sering bermainnya bersama rakan-rakan saya semasa waktu lapang kami.
Saya : Haruskah permainan ini dimainkan oleh remaja zaman sekarang ?
Saudari : Permainan ini harus dimain oleh remaja zaman sekarang kerana ia adalah permainan tradisional. Permainan ini juga dapat menajamkan daya timbangan tangan dan mata .